Masjid ini telah dibina pada awal tahun 1900M. Pengasasnya ialah Allahyarham Tuan Haji Ahmad bin Haji Sail.
Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh penduduk setempat. Mereka telah bekerjasama beramai-ramai bagi mewujudkan sebuah masjid atau tempat beribadah yang selesa. Masjid ini telah dibaiki pembinaannya dari masa ke semasa.
Pada tahun 1984M, kerajaan telah bersetuju untuk membantu penduduk sekitar bagi mendirikan sebuah masjid yang baru. Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1984M, 1995M, 1997M sehinggalah pada tahun 2009M.
Semasa dibina ahli jemaah cuma seramai 40 orang sahaja akan tetapi kini ia meningkat seramai 300 orang jemaah pada satu-satu masa.
BINAAN
Struktur masjid ini bertemakan coklat putih pada dindingnya dan biru pada bahagian atap serta kubah melambangkan ia sebuah masjid yang moden bercirikan islam.
KEMUDAHAN
1. Ruang solat lelaki dan wanita
3. Tempat wudhuk
4. Tandas
5. Ruang pengurusan jenazah
6. Ruang makan jemaah
7. Masjid lama