Masjid Kariah Linggi telah dibina pada tahun 1884M bersamaan dengan pembukaan kampung ini yang diasas dan diwakafkan oleh Allahyarham Tok Muda Linggi Mohd Feral. Masjid ini telah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1980m dan 2005M.
Pada awal pembinaan masjid ini, ahli jemaah adalah seramai 20 orang dan kini telah mencapai bilangan seramai 150 orang. Masjid ini mengurus dan mengawal selia sebuah kawasan tanah perkuburan dan sebuah surau. Masjid ini juga pernah menjadi johan dalam anugerah Masjid Contoh Peringkat Daerah sebanyak dua kali.