Masjid Qaryah Tanjung Agas telah dibina pada tahun 1967M. Pengasasnya ialah penduduk setempat.
Tapak masjid ini telah dikurniakan oleh Kerajaan negeri.
Masjid ini pernah diperbaiki dan dinaik taraf pada tahun 1973M, 1993M dan 2008M.
Semasa dibina ahli jemaah adalah seramai 50 orang dan kini mencapai bilangan seramai 350 orang.
Masjid ini mengurus dan mengawal selia sebuah kawasan tanah perkuburan.
masjid ini juga pernah menjadi Johan dan tempat ketiga dalam Anugerah Masjid Contoh Daerah.
TELAH DIBINA HASIL DARIPADA KESEPAKATAN AHLI KARIAH. PADA MASA PEMBINAAN MASJID INI DAPAT MENAMPUNG AHLI JEMAAH SERAMAI 50 ORANG SAHAJA. MASJID INI TELAH DIBAIKI DAN DIBESARKAN PADA TAHUN 1973 DAN 1993M. TAPAK INI TELAH DIWAKAFKAN OLEH KERAJAAN.