Masjid Qaryah Sg. Raya di bina pada tahun 1963M. Pengasasnya ialah Penghulu Mukim Linggi ketika itu.
Tapak masjid ini telah dikurniakan oleh Kerajaan Negeri. Masjid ini pernah diperbaiki dan dinaik taraf pada tahun 1989M dan 1993M dan 2009M.
Semasa dibina ahli jemaah adalah seramai 200 orang dan kini telah mencapai bilangan seramai 400 oprang.
Masjid ini mengurus dan mengawal dua buah surau dan dua buah tanah perkuburan.
MASJID DARIPADA BANGUNAN KAYU KEMUDIAN DI UBAH SUAI KEPADA BANGUNAN SEPARA BATU HINGGA KINI. AHLI KARIAH MASJID INI TERDIRI DARIPADA DUA KAMPUNG IAITU KG. SG. RAYA DAN KG. BUKIT TEMBOK.