Pengasas Masjid ini adalah Allahyarham YB En. Mustafa b. Manaf pada tahun 1982M. Ketika itu Masjid ini hanya dapat menampung ahli kariah seramai 80 orang. Masjid ini pernah dibaiki dan dibesarkan pada tahun 1986M dan 2008M. Tanah Masjid ini telah diwakafkan oleh Allahyarham En. Peel b. Sutan. Sebelum pembinaan Masjid ini, ahli kariah bersembahyang di Masjid Kariah Telok Kemang. Sekarang masjid ini boleh menampung seramai 700 ahli jemaah. Masjid ini mengurus dan mengawal selia sebuah tanah perkuburan dan dua buah surau.