Telah ditubuhkan hasil daripada kesepakatan ahli kariah masjid tersebut pada tahun 1980M.Semasa dibina Masjid tersebut dapat menampung jemaah seramai 350 orang sahaja. Tapak Masjid ini telah diwakafkan oleh Allahyarham Hj. Ahmad b. Kassim. Sebelum Masjid ini dibina, ahli kariah bersembahyang di Masjid Askar Melayu Di Raja Port Dickson.Kini masjid ini boleh menampung seramai 800 orang jemaah.Masjid ini mengurus dan mengawal dan mengurus sebuah tanah perkuburan dan empat buah surau. Masjid ini juga p-ernah menjadi Naib Johan dan tempat ketiga dalam Anugerah masjid Contoh Peringkat Daerah.