Telah diasaskan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid tersebut pada tahun 1986M. Pada masa pembinaan Masjid tersebut ahli jemaah pada masa itu seramai 200 orang sahaja. Masjid ini telah dibaiki dan dibesarkan pada tahun 1993 dan 1995M dan 2008M. Tapak Masjid ini telah diwakafkan oleh kerajaan. Sebelum ini, ahli kariah tersebut bersembahyang di tapak Masjid lama yang diwakafkan oleh Al-Marhum Dato' Penghulu Mohd Ali. Sekarang masjid ini boleh menampung seramai 2000 orang. Masjid ini pernah menjadi johan dalam Anugerah Masjid Contoh Peringkat daerah dan Negeri bagi tahun 2007M.