Masjid Kariah Kg. Chuah telah dibina pada tahun 1890M. Pengasasnya adalah penduduk setempat. Tapak masjid ini telah dikurniakan oleh Kerajaan Negeri. Masjid ini adalah salah satu masjid yang tertua dalam Mukim Jimah.Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1982M.
Semasa dibina ahli jemaah adalah seramai 100 orang dan kini telah mencapai bilangan seramai 400 orang. Masjid ini mengurus dan mengawal selia sebuah kawasan tanah perkuburan dan 4 buah surau.