Masjid Kariah Lukut telah dibina pada tahun 1872M ketika pemerintahan Raja-Raja Melayu Lukut dan pengasasnya ialah Raja Jumaat iaitu Raja Lukut pertama. Setiap tahun dalam bulan Sya'ban DYMM Sultan Selangor akan berangkat untuk menziarahi Makam Diraja Lukut. Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1960M, 1995M, 1998M dan 2008M dan 2009M.
Pada awal pembinaan masjid, ahli jemaah cuma 100 orang sahaja dan kini telah mencapai bilangan seramai 800 orang. Masjid ini mengurus dan mengawal selia 5 buah kawasan tanah perkuburan dan 7 buah surau. Masjid ini juga pernah menjadi johan bagi Anugerah Masjid Contoh Peringkat Daerah dan tempat ketiga di Peringkat Daerah dan tempat di Peringkat Negeri sebanyak 2 kali.