Masjid Jamek Pasir Panjang telahdibina pada tahun 1962 dan diasaskan oleh Allahyarham Sohor bin Lembut. Tapak Masjid ini telah diwakafkan oleh Allahyarham Tuan Haji Ahmad Lobak. Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1985M. Pada awal pembinaan Masjid ini ahli jemaah ialah seramai 60 orang dan kini telah mencapai bilangan seramai 500 orang sejajar dengan perkembangan populasi setempat.
Mukim Pasir Panjang telah pesat membangun dan dengan bertambahnya Penduduk Islam di kampung-kampung, taman, dan adanya Pusat Pengajian Tinggi, Kolej UNITI, Institut Kemahiran Belia Negara dan Pusat Latihan Khidmat Negara. Masjid Lama tidak dapat lagi menampung Ahli-ahli Kariah bagi menjalankan aktiviti - aktiviti keagamaan. Masjid ini mengurus dan mengawal selia sebuah tanah perkuburan dan 2 buah Surau.