Pada permulaannya, Masjid Desa Anggerik adalah sebuah surau yang mendirikan Solat Jumaat di Desa Anggerik. Oleh kerana pada ketika itu, Masjid Batu Kikir tidak lagi dapat menampung kepadatan jemaah maka dengan persetujuan Sohibus Samahah Dato' Haji Murtadza Bin Sheikh Ahmad Mufti Kerajaan Negeri Sembilan pada ketika itu telah memberi kebenaran untuk mendirikan Solat Jumaat di surau tersebut.
Dengan inisiatif penduduk Desa Anggerik dan taman-taman perumahan bersekitaran, maka pada masa kini terbinalah sebuah masjid dikawasan tersebut dan had persempadanan kariah telah dibuat bagi membahagikan jemaah untuk solat Jumaat.
BINAAN
Masjid Desa Anggerik mempunyai dua kubah. Kubah kecil dipintu utama dan kubah besar berada ditengah-tengah bagunan. Sebuah menara dibina berhampiran bagunan masjid.
Ruang solat utama boleh menampung 300 jemaah dan disayap kiri dan kanan pula boleh menampung 500 orang jemaah.
Ukiran seni khat boleh dilihat dibahagian hadapan dalam masjid. Dengan kesenian tulisan Arab yang halus dan seni, menyerlahkan lagi suasana kesenian tamaddun Islam yang unggul.
bahagian Mihrab yang luas menempatkan sebuah Minbar Khutbah. Dikiri dan kanan Mihrab tersebut dibina dua buah bilik khas untuk Imam dan Bilal.
KEMUDAHAN
Terdapat banyak kemudahan yang ada di Masjid ini seperti tandas yang bersih, Bilik Tahjis jenazah, setor peralatan, kawasan untuk beristirehat dan kemudah pakir yang banyak.
Keindahan kawasan persekitan masjid, menyerlahkan lagi rasa ketenangan hati.