Masjid Kariah Nur Salbiah Kg. Selaru telah dibina pada tahun 1987M. Pengasasnya adalah Badan Kebajikan Islam, Rumah Rakyat dan Desa Permai Selaru.
Tapak masjid ini adalah kurniaan Kerajaan Negeri. Asalnya masjid ini bangunan sementara yang dibina secara gotong-royong oleh penduduk Rumah Rakyat dan Desa Permai. Masjid baru dibina dengan sumbangan daripada seorang penderma keluarga S.M. Amin pada tahun 1992M.
Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 2002M dan 2007M hasil sumbangan keluarga S.M. Amin.
Semasa dibina ahli jemaah adalah seramai 50 orang dan kini telah mencapai bilangan seramai 300 orang.
Masjid ini mengurus dan mengawal selia sebuah tanah perkuburan dan dua buah surau.