Masjid yang asalnya di bina pada tahun 1934M bangunan papan diusahakan oleh Dato Undang Kamat.Pada tahun 1980M masjid diperbaharui dengan perbelanjaan kerajaan.
Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1980M dan 2005M. Pada awal pembinaan, ahli jemaah hanya seramai 80 orang dan kini telah mencapai seramai 200 orang.
Masjid ini mengurus dan mengawal selia empat buah kawasan tanah perkuburan dan lapan buah surau.
Masjid ini pernah menjadi Naib Johan Anugerah Masjid Contoh peringkat daerah dan merupakan masjid tertua dalam Wilayah Johol.