Masjid asal bangunan kayu di bina cara gotong-royong.Pada tahun 1963M masjid baru telah di bina oleh kerajaan.
Pengasas masjid ini adalah Allahyarham Shamsudin bin Abdullah. Tapaknya telah diwakafkan oleh Allahyarham Tayom binti Jais. Masjid ini juga telah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1985M dan 2006M.
Pada awal pembinaan masjid, ahli jemaah adalah seramai 120 orang dan kini telah mencapai bilangan seramai 150 orang. Masjid ini mengurus dan mengawal selia tiga buah kawasan tanah perkuburan dan sebuah surau.