Masjid asal bangunan kayu di bina cara gotong-royong tahun 1981M masjid baru dibina oleh kerajaan di tempat yang ada sekarang. Pengasasnya adalah Haji Abd. Manaf Bin Salleh. Tapak masjid telah diwakafkan oleh YB. Tengku Kalsum Binti Muda Chik.
Semasa dibina ahli jemaah adalah seramai 100 orang dan kini telah mencapai bilangan seramai 400 orang. Masjid ini mengurus dan mengawal selia tiga buah kawasan tanah perkuburan dan lima buah surau.
BINAAN
Masjid ini pada asalnya dibina menggunakan kayu dan telah dinaik taraf dengan menggunakan sumbangan penduduk dan perseorangan.