Masjid asal bangunan kayu di bina secara gotong royong bangunan kayu di usahakan oleh Hj Othman B Hj Yaasin. Pada tahun 1964M masjid baru telah di bina oleh kerajaan. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh Allahyarhamah Selamah Binti Daud.
Masjid ini asalnya adalah sebuah bangunan kayu yang diusahakan oleh pengasasnya dan telah dibaiki serta dinaik taraf pada tahun 1979M, 2005M dan 2007M.
Pada awal pembinaan, ahli jemaah hanya seramai 100 orang dan kini telah mencapai bilangan seramai 200 orang.
Masjid ini mengurus dan mengawal selia lima buah tanah perkuburan dan empat buah surau.