Masjid Kariah Kg. Gachong telah dibina pada tahun 1914M dan diasaskan oleh Allahyarham Haji Isa Bin Haji Lani. Tapak masjid ini pula telah diwakafkan oleh Allahyarhamah Kamariah binti Lasim.
Masjid asal di nama kan masjid Pilah dibina cara gotong royong bangunan kayu beratap ijok.Pada 1961M masjid baru dibina oleh kerajaan menggantikan masjid lama yang telah uzur diubah namanya masjid Gachong.
Semasa dibina ahli jemaah hanya seramai 60 orang dan kini mencapai bilangan seramai 170 orang.
Masjid ini mengurus dan mengawal selia dua buah tanah perkuburan dan empat buah surau.