Masjid Kariah Kg. Tanah Melintang telah dibina pada tahun 1978M menggantikan masjid lama yang telah uzur. Pengasasnya adalah En. Abu Samah Bin Katas.
Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh Allahyarhamah Puan Temah. Masjid lama di bina secara gotong-royong bangunan kayu atas usaha Dato' Orang Kaya Bongsu Hj Rashid. Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1997M dan 2007M.
Semasa dibina ahli jemaah adalah seramai 60 orang dan kini mencapai bilangan seramai 150 orang.
Masjid ini mengurus dan mengawal selia lima buah tanah perkuburan dan enam buah surau.