Masjid asal di bina cara gotong royong bangunan kayu.Tahun 1973M masjid baru di bina oleh kerajaan.
Pengasasnya adalah Allahyarham Haji Sulaiman Bin Ismail dimana tapaknya telah diwakafkan oleh Allahyarhamah Puan Maimon Binti Yunus.Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1993M, 2006M, 2007M, dan 2008M.
Semasa dibina ahli jemaah adalah seramai 200 orang dan kini ahli jemaah telah mencapai bilangan seramai 400 orang. Masjid ini mengurus dan mengawal selia dua buah tanah perkuburan dan enam buah surau.
Masjid ini pernah mendapat tempat ketiga Anugerah Masjid Contoh peringkat daerah.