Masjid Kariah Kg. Sg. Tengkek telah dibina pada tahun 1935M dan pengasasnya adalah penduduk setempat.
Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh Allahyarham Tuan Haji Wahid. Masjid asal dibina pada tahun 1918M dengan bangunan kayu beratap nipah secara bergotong-royong.
Masjid ini telah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1983M.
Semasa dibina ahli jemaah adalah seramai 80 orang dan kini telah berkurangan kepada 400 orang.
Masjid ini mengurus dan mengawal selia empat buah tanah perkuburan dan empat buah surau.
Masjid ini pernah mendapat tempat ketiga Anugerah Masjid Contoh peringkat Daerah.