Masjid Kariah Kg. Sg. Majau telah dibina pada tahun 1935M. Pengasasnya adalah Allahyarham Haji Basir bin Salim.
Tapak masjid ini adalah kurniaan Kerajaan Negeri.
Masjid asal dibina ditengah sawah secara gotong-royong. Kemudian dipindahkan ke tempat sekarang 1966M dengan peruntukan dari Kerajaan Negeri. Masjid ini telah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 2008M.
Semasa dibina ahli jemaah adalah seramai 150 orang dan kini telah brkurangan kepada 100 orang.
Masjid ini mengurus dan mengawal selia empat buah tanah perkuburan dan tiga buah surau.