MASJID KARIAH JERJAK

72200 BATU KIKIR
N. SEMBILAN
0502016
06-4982700
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Kariah Kg. Jerjak telah dibina pada tahun 1905M. Pengasasnya adalah Allahyarham Haji Ahmad bin Mohd Zain. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh Allahyarham Haji Shafie bin Haji Samad. Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1989M, 2007M dan 2008M dengan mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri. Pada peringkat awal penbinaannya, masjid ini dibina ditepi sungai kg. Jerjak Seberang. Pada masa tersebut kedudukan tapak masjid ini 'tidak sesuai' dan telah dipindahkan ke tepi sungai antara Kg. Jerjak dan kg. Sg. Jelutong. Sekali lagi kedudukan masjid ini 'tidak sesuai' dan telah dipindahkan secara gotong royong ketapak yang ada sekarang. Masjid ini juga dikenali oleh masyarakat pada masa dahulu sebagai 'Masjid Tanah Melintang'. Ini kerana kedudukannya yang melintang diantara dua buah bukit. Semasa dibina ahli jemaah adalah seramai 60 orang dan kini telah mencapai bilangan seramai 150 orang. Masjid ini mengurus dan mengawal selia dua kawasan tanah perkuburan dan tiga buah surau. Masjid ini pernah mendapat naib johan dan tempat ketiga Anugerah Masjid Contoh peringkat daerah.

BINAAN

KEMUDAHAN

Kemudahan asas yang terdapat di Masjid ini seperti tandas dan tempat letak kenderaan yang berbumbung. Masjid ini dilengkapi oleh sebuah dewan khas dan sebuah dewan makan. Sebuah dewan kuliah menjadi penghubung diantara dewan solat besar dan dewan makan. Ia dijadikan dewan solat bagi wanita ketika musim perayaan tau majlis sambutan hari-hari kebesaran Islam. Selain itu dibawah pentadbiran masjid ini terdapat sebuah kereta jenazah yang diselia dengan baik dan ia menjadi kemudahan kepada masyarakat kampung terdiri dari Kg. Padang Lebar, Kg. Pasir Bulan,Kg. Jerjak dan Kg.Jerjak Seberang.

PETA