Masjid Kariah Kg. Terentang telah dibina pada tahun 1961M. Pengasasnya adalah Allahyarham Haji Abd. Hamid bin Haji Mohd Yunus.
Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh ahli kariah. Masjid ini pada asalnya adalah bangunan yang dibina secara bergotong-royong tetapi telah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 1989M, 2006M dan 2007M.
Semasa dibina ahli jemaah adalah seramai 100 orang dan kini telah b ertambah menjadi 250 orang.
Masjid ini mengurus dan mengawal selia dua buah tanah perkuburan dan tiga buah surau.