Masjid asal bangunan kayu di bina pada tahun 1930M secara gotong royong. Pengasasnya adalah Allahyarham Haji Mustafa bin Haji Awang.
Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh Allahyarham Dukun Suman Bin Abu. Pada tahun 1966M masjid baru dibina oleh kerajaan menggantikan masjid yang telah uzur yang diusahakan oleh En Abd Rahman B Yassin. Masjid ini pernah dibaiki dan dinaik taraf pada tahun 2007M, 2008M, dan 2009M.
Semasa dibina ahli jemaah hanya seramai 80 orang dan kini ahli ahli jemaah telah mencapai bilangan seramai 150 orang.
Masjid ini mengurus dan mengawal selia empat buah tanah perkuburan dan tiga buah surau.
Masjid ini pernah beberapa kali memenangi Anugerah Masjid Contoh peringkat daerah.