Masjid asal di bina pada tahun 1916M di seberang sawah bangunan kayu secara gotong royong yang di pelopori oleh dato' pawang Hj Kasim b Jatin pada 1976M masjid baru dibina oleh kerajaan di tempat yang ada sekarang. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh Allahyarhamah Cik Burok binti Aris.
Masjid ini dibina dan dinaik taraf pada tahun 1995M, 2006M, 2007M dan 2008M.
Pada awal pembinaan, ahli jemaah adalah seramai 60 orang dan kini telah mencapai bilangan seramai 150 orang.
Masjid ini mengurus dan mengawal selia empat buah tanah perkuburan dan empat buah surau.
Masjid ini pernah beberapa kali memenangi Anugerah Masjid Contoh peringkat daerah.