Masjid ini adalah kariah baru dan sembahyang Jumaat asalnya didirikan di sebuah surau. Seorang hartawan telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya pembinaan masjid baru bagi kariah ini bagi mnggantikan bangunan yang sudah tidak mampu menampung bilangan jemaah. Pembinaan bermula pada bulan Mac 2005 dan siap sepenuhnya pada bulan April 2006 dengan kos 2.45 juta. Masjid yang dibina mengekalkan rekabentuk senibina bumbung berlapis dengan ciri senibina yang unik bagi negeri Melaka dan kapasiti jemaah seramai 1,400 orang.
Pada Jun 2010, Kerajaan Negeri Melaka membesarkan lagi masjid ini di anjung sebelah kiri dengan kos 1.2 juta yang menambah kapasiti jemaah seramai 1,000 orang lagi dengan kapasiti keseluruhan 2,400 jemaah.