Masjid ini terletak di km. 14.4, mukim Tangga Batu Pekan, Tanjung Kling. Masjid asal dibina pada tahun 1910 daripada papan dan lokasinya terletak lebihkurang 2 hingga 3 rantai dari lokasi masjid sekarang.
Masjid ini dibina semula pada tahun 1925 dan pengasasnya ialah Imam Ismail bin Salim yang telah menyumbangkan peruntukan disamping derma orang ramai.
Pembinaan masjid ini dilaksanakan oleh masyarakat kampung dengan bantuan tukang China. Tapak tanah masjid ini adalah dari geran Belanda yang diwakafkan.
Tiang seri yang menjadi ciri utama di dalam pembinaan masid adalah menggunakan kayu berlian. Pengubahsuaian semula telah dilaksanakan pada tahun 1990 melalui pembiayaian Kerajaan Negeri dengan jumlah RM130,000.00 dan pada tahun 1995 dinaiktaraf dengan menggantikan lantai asal kepada jubin.Masjid ini dibina pada mulanya dalam tahun 1910 dan dibaharukan
pembinaannya pada tahun 1925 daripada derma
orang ramai dan bantuan kerajaan.