Masjid asal telah dibina pada tahun 1890, diperbuat daripada kayu dan beratapkan genting. Tapak masjid ini telah diwakafkan oleh Tuan Syed Wan Idrus. Ianya dikelolakan oleh Haji Abu Bakar bin Haji Aim, Sidang Haji Mohd Daik bin Bulat, Imam Haji Mohd bin Said, Mohd Idris bin Saaban dan Haji Kassim bin Duaji.
Masjid ini telah diubahsuai pada tahun 1935 melalui bantuan orang ramai. Sebanyak RM500.00 telah diwasiatkan oleh Haji Abu Bakar bin Aim kepada anak saudaranya Haji Mohd Ali bin Tahir untuk membina masjid batu (dari batu kaki berwarna merah) dengan bantuan tukang Cina. Sehubungan dengan itu beliau telah dilantik sebagai pengerusi berikutan sumbangan yang diberikan. Imam pertamanya ialah Tuan Haji Abd. Hamid bin Baba.