MASJID ALAI (AL-FALIHIN)

KM 7.6, KAMPUNG ALAI, 75460 MELAKA
MELAKA
0403014
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid asal dibina pada tahun 1890 dan terletak kira-kira 4 rantai dari kedudukan masjid sekarang. Masjid asal ini diperbuat daripada kayu dengan keluasan 30 x 40 kaki persegi. Masjid ini telah diasaskan oleh Datuk Penghulu Daud dengan bantuan Che Mat Haji Kecut. Ianya telah diwakafkan oleh Tuan Haji Yahya bin Sipang dan Akib in Taip. Semasa pembinaannya kayu-kayu ditarik menggunakan kerbau atau kereta lembu dari hutan dan batu-bata pula diambil dari Bukit Punggor, manakala batu karang yang diukir untuk menghias kemuncak dan penjuru-penjuru atap masjid di bawa dari Pulau Besar. Tukang yang mengetuai kerja-kerja pembinaan ini adalah Tuan Haji Yaacob dan Haji Yahaya. Menara masjid dibina pada tahun 1922, dengan ketinggian 72 kaki. Lampu akan dipasang di kemuncak menara sebagai menandakan hari kebesaran seperti Hari Raya, Maulud Nabi dan sebagainya. Mimbar masjid telah dibuat pada tahun 1303H melalui pakar tukang kayu dari Telok Mas dan Serkam. Pembesaran masjid ini telah dilakukan pada tahun 1925 melalui derma orang ramai berjumlah diantara RM30,000.00 hingga RM40,000.00. Setelah pembesara masjid dan menara siap, acara perasmian telah diadakan secara besar-besaran dengan upacara penyembelihan 3 ekor lembu. Pengubahsuaian juga telah dilakukan pada tahun 1979 dengan kos RM35,000.00 dan bantuan Kerajaan sebanyak RM20,000.00. Kerja-kerja pengubahsuaian terdiri dari membuat kolah dan menaiktaraf masjid. Kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja berkenaan adalah Tuan Haji Bakar bin Haji Abd Wahab dengan bantuan jurupelan Tuan Haji Lasim. Pada tahun 1981 dibuat tambahan di bahagian kanan masjid dengan kos sebanyak RM28,000.00 dan bantuan kerajaan sebanyak RM20,000.00. Kontraktor yang terlibat adalah Tuan Haji Mohd Yassin bin Saji dengan bantuan jururpelan D. Ghose. Pada tahun 1986, masjid ini telah diubahsuai lagi dengan menambah dua buah tandas dan kolah untuk mengambil air sembahyang .Masjid ini mula dibina dalam tahun 1890 dengan derma orang ramai dan bergotong-royong. Dalam tahun 1925 masjid ini dibaharui dengan derma orang ramai juga.

BINAAN

KEMUDAHAN

PETA