Masjid Lendu yang pertama dibina pada tahun 1940 an dan masjid ini dibina daripada kayu oleh orang Melayu Lendu.
Memandangkan masjid ini tidak dapat menampung jemaah maka sebuah masjid baru telah dibina ditapak yang sama bagi menggantikan masjid lama. Masjid baru ini telah dirasmikan oleh En.Ghafar bin Baba, Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar. pada tahun 1974. Masjid ini telah diperbesarkan lagi kerana penduduk Kg.Lendu yang semakin bertambah ramai dan bangunan tambahan ini telah dirasmikan pada tahun 1982 oleh YAB Dato Seri Ab. Rahim bin Dato Tambychik, Ketua Menteri Melaka.
Pada masa ini selain penduduk Islam Kg.Lendu menggunakan masjid, warga UITM dan penduduk Taman Demensi turut memakmorkan masjid Lendu.
Kemajuan Lendu yang semakin pesat seiring dengan pertambahan penduduk Lendu maka Lembaga Masjid Lendu bersama dengan JKKK Lendu telah berusaha memohon pembinaan Masjid baru Lendu dar Kerajaan Negeri Melaka. Syukur Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Melaka telah meluluskan pembinaan Masjid baru Lendu di tanah seluas 7 ekar berhampiran Pekan Lendu. Masjid ini dibina pada tahun 1941 dan dibina semula pada tahun 1974 daripada bantuan kerajaan.