MASJID KEMUNING (AL-IKHWAN)

KM. 36.8, KEMUNING, 78000 ALOR GAJAH
MELAKA
0401079
30/11/-0001

SEJARAH

Masjid Kampung Kemuning terletak 5 km dari Pekan Gadek dan 12 km dari Bandar Alor Gajah. Masjid Kampung Kemuning yang pada asalnya adalah diperbuat dari papan dan beratapkan zink. Keluasan lantainya adalah lebih kurang 30ka. X 30ka. sahaja. Disebabkan keadaan masjid yang uzur dan bertambahnya bilangan penduduk maka sebuah masjid yang baru/ yang ada sekarang didirikan lebih kurang 100ka. jaraknya dari tapak masjid lama. Masjid yang ada sekarang terletak di atas sebuah bukit yang ketinggiannya lebih kurang 50ka. dari aras jalanraya. Ia di bina melalui dua peringkat. Peringkat pertama iaitu Bangunan Asas yang bersaiz 80ka. X 70ka. mengandungi Dewan Solat, Bilik Imam Dan Bilik Azan dibina pada tahun 1963. Ia telah dirasmikan pada 10hb Ogos 1964 oleh Y.A.B. En Abdul Ghafar Bin Baba selaku Ketua Menteri Melaka ketika itu. Ekoran dari pertambahan penduduk kampung dan juga untuk memberi kemudahan dan keselesaan yang lebih kepada orang ramai, maka pembesaran masjid telah dilakukan, kerja-kerja pembinaan peringkat kedua masjid tersebut telah dibuat pada tahun 1988. Pembesaran ini termasuk membina Berandah, Dewan Solat Muslimah dan Dapur. Kerja-kerja pembinaan penambahan masjid tersebut memakan masa lebih kurang 5 bulan untuk disiapkan. Pada 10hb Mac 1989, bersamaan 2 Syaaban 1409, penambahan Masjid Kampung Kemuning telah dirasmikan oleh T.Y.T. Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Datuk Sri Utama Syed Ahmad Al-Haj Bin Syed Mahmud Shahabudin.Masjid ini dibina pada tahun 1957 dan dibaharukan pada tahun 1965 daripada derma orang ramai dan bantuan kerajaan. Walau bagaimana pun dengan pertambahan penduduk yang pesat sejak terbinanya rumah awam di Kampung Kemuning, kami bercadang untuk meluaskan lagi Laman Masjid melalui kutipan derma dari orang ramai. Laman Masjid yang sedia ada hanya mempunyai kelebaran lebih kurang 5ka. sahaja kerana keluasan masjid adalah terhad disebabkan ianya dibina di atas bukit. Walau bagaimanpun kami bercadang untuk melebarkan Laman Masjid tersebut kepada sekurang-kurangnya 20ka. kehadapan dengan membina dua tingkat di bahagian Laman Masjid tersebut. Pembinaan Laman Masjid dua tingkat ini mengandungi Dewan Mesyuarat dan Bilik Perpustakaan di bahagian bawah manakala di bahagian atas Berandah Masjid tempat mengerjakan solat. Segala kertas kerja dan permohonan kebenaran untuk mengutip wang dari orang ramai telah dilakukan dan insyaAllah dengan berkat doa Tuan-Tuan yang mulia, segala perancangan kami akan terlaksana sepenuhnya. InsyaAllah.

BINAAN

KEMUDAHAN

PETA