Pada asalnya ia adalah sebuah madrasah atau pun surau yang dibina pada tahun 1974.Ditauliahkan menjadi sebuah masjid pada tahun 1984.Dibina dengan menggunakan kayu dan berlantaikan simen.Pada tahun 1990, upacara pecah tanah untuk mendirikan masjid baru telah disempurnakan oleh Y.A.B. Datuk Seri Abd.Rahim Tambychik,Ketua Menteri Melaka ketika itu.Kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 1991 dan selesai pembinaannya pada tahun 1995,hasil daripada derma orang ramai dan bantuan daripada Kerajaan Negeri.
Pada 4hb Januari 1996,majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Y.A.B. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd.Zin Bin Abd.Ghani.Ia diberi nama "MASJID NAMIRAH ".
Masjid ini dibina pada tahun 1974 dengan belanjawan orang ramai dan dibaharukan dengan bantuan kerajaan.