Masjid ini didirikan pada tahun 1917 dan diperbaharui semula pada tahun 1960 dengan derma orang ramai. asjid ANNUR Kg Beringin telah dibina diatas tanah seluas 4 ekar yang dibeli dari En Sani bin Dahlan pada harga sekitar RM40,000-00. Masjid ini mempunyai konsep dan struktur yang sama dengan Masjid Negeri Melaka iaitu Masjid Al Azim dan menelan belanja sekitar RM500,000-00.
Pada awalnya Kg Beringin hanya memiliki sebuah masjid kayu yang telah lama digunakan oleh penduduk Kampung.Apabila keadaan masjid lama itu sudah tidak sesuai lagi digunakan ditambah lagi dengan kedudukan masjid yang jauh dari jalan utama, maka Pengerusi JKKK pada masa itu, En Zainal bin Mohd Dom telah mengambil inisiatif dan berusaha tanpa jemu bagi memastikan kg Beringin mendapat sebuah masjid yang lebih selesa dan dapat menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah.Usaha beliau disambung oleh Pengerusi JKKK seterusnya, Haji Abdul Malik bin Hj Wan dan akhirnya impian penduduk kampung Beringin untuk mendapat sebuah masjid yang baru tercapai apabila ia siap dibina sepenuhnya pada bulan March 1995.Masjid ANNUR Kg Beringin telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka pada masa itu, Datuk Haji Mohd Zin bin Abdul Ghani pada 17hb April 1995.