Masjid ini mula dibina pada tahun 1916 dan diperbaharui pada tahun 1973, dengan bantuan kerajaan.
Menurut sejarah lisan yang disam[paikan dari satu generasi ke satu generasi, Kampung Melaka Pindah dibuka oleh datuk Paduka Seri Maharajalela yang telah berundur bersama-sama dengan pengikutnya setelah menerima serangan dari Portugis pada tahun 1511.
Datuk seri Paduka Maharajalela bersama pengikutnya menetap di Kampung Melaka Pindah dengan menanam padi sebagai kegiatan ekonomi utama dan beliau telah menggali sebuah perigi dan menamakannya perigi bangkong yang hingga kini airnya tidak pernah kering walaupun musim kemarau.