MASJID MUKIM LAKOTA

DAERAH JELI, 17600 JELI, KELANTAN DARUL NAIM
KELANTAN
0310022
30/11/-0001

SEJARAH

Pada asalnya masjid ini adalah merupakan sebuah surau yang dibina diatas sebidang tanah seluas setengah ekar yang diwakafkan oleh seorang penduduk kampong dikenali dengan panggilan 'Pak Mat' pada sekitar tahun 70an. Imam pertama masjid ini ialah saudara Tuan Haji Daud. Masjid ini telah dinaiktaraf menjadi sebuah masjid yang tersergam indah dikampong ini dan siap dibina pada sekitar tahun 80an. Untuk makluman, menurut masyarakat disini perkataan `lakota’ ini adalah berasal daripada perkataan bahasa Thailand yang membawa maksud 'batu sempadan' yang melambangkan sempadan diantara Thailand dan Malaysia.

BINAAN

Masjid ini berbentuk segi empat dan terdapat dua kubah besar dibumbungnya .Pada dinding masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana terdapat lubang`sisip angin’ pada bahagian dinding belakang ruang solat yang dapat melancarkan ruang perudaraan masjid ini..Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah Allah pada dinding masjid ini.Pada bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat yang merupakan ruang utama di masjid ini dan dihiasi dengan permaidani merah. Mimbar masjid ini diperbuat daripada kayu yang mempunyai ukiran bunga yang menarik.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah ruangan solat yang luas dan tempat wuduk lelaki dan perempuan. Stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang juga turut disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan tempat parking terbuka bagi menyenangkan para jemaah berhenti untuk menunaikan solat. Terdapat juga khidmat pengurusan jenazah di masjid ini sebagai salah satu kemudahan masjid ini.

PETA