DAERAH BATU MELINTANG,
17600 JELI,
KELANTAN DARUL NAIM
KELANTAN
0310017
30/11/-0001
SEJARAH
BINAAN
Masjid ini berbentuk segi empat dan kecil sahaja dimana terdapat ruang solat utama dan satu menara yang berkubah diatasnya. Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.Struktur binaan masjid ini masih lagi mengekalkan senibina melayu lama.Pada dinding masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana terdapat lubang`sisip angin’ bagi melancarkan ruang pengudaraan diruang solat utama masjid ini.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.Selain itu,terdapat juga meja ping pong di masjid ini yang digunakan untuk aktiviti riadah pada waktu petang.