MASJID MUKIM PASIR DUSUN

DAERAH JELI, 17600 JELI, KELANTAN DARUL NAIM
KELANTAN
0310016
30/11/-0001

SEJARAH

Pada asalnya tanah tapak masjid ini yang seluas 0.25 ekar telah diwakafkan oleh seorang hamba Allah dengan panggilan Ayah Wan.Separuh lagi telah diberikan oleh kesedar bagi mendirikan masjid ini.Pada asalnya masjid ini ialah berasakan binaan kayu dan telah dinaiktarafkan menjadi struktur yang berasaskan simen bagi mengukuhkan lagi binaannya.Walaubagaimanapun masjid ini masih mengekalkan lagi sedikit senibina kayunya.Proses pembinaan masjid ini telah dilakukan secara bergotong royong oleh masyarakat kampung ini.

BINAAN

Masjid ini terdapat satu menara dan satu kubah.Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat secara berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat pada keseluruhannya.Struktur masjid ini masih lagi mengekalkan senibina melayu lama.

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 5 buah kenderaan dalam satu masa.Pada masa yang sama masjid ini juga mempunyai dapur yang digunakan untuk sebarang majlis.

PETA