DAERAH BATU MELINTANG,
17600 JELI,
KELANTAN DARUL NAIM
KELANTAN
0310008
30/11/-0001
SEJARAH
Upacara perasmian masjid ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kelantan iaitu Sultan Ismail Petra ibni almarhum Sultan Yahya Petra pada tarikh 20.7.1996.
BINAAN
Masjid ini terdapat satu kubah besar dan dua menara bertingkat yang diatasnya terdapat kubah kecil. Dinding masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana terdapat lubang`sisip angin’ di bahagian dinding belakang ruang solat bagi melancarkan ruang perudaraan masjid ini.Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya.Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah Allah pada dinding msjid ini. Masjid ini mempunyai dua aras ruang solat dimana pada bahagian atas masjid ini terdapat pejabat dan dibahagian bawahnya pula digunakan sebagai ruang solat utama yang dilengkapi dengan permaidani indah.
KEMUDAHAN
Masjid ini menyediakan pejabat bagi menguruskan urusan pentadbiran. Selain itu.terdapat bilik mesyuarat yang digunakan sebagai tempat perjumpaan ahli AJK masjid.
.Masjid ini turut menyediakan tempat parking berbumbung hanya istimewa untuk AJK masjid sahaja. Di samping itu terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 20 buah kenderaan pada satu masa.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga turut disediakan di masjid ini.Terdapat juga dewan makan di masjid ini dan wakaf untuk kemudahan orang ramai.