Senibina masjid ini adalah berbentuk melayu moden dan ala timor tengah. Ianya mempunyai satu menara tinggi yang berkubah kuning dipuncaknya. Tiada kubah besar pada bumbungnya sebagaimana lazimnya sesebuah masjid. Di dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat secara berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Didinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran. Manakala mimbar masjid ini diperbuat daripada simen dan batu marmar.
KEMUDAHAN
Masjid ini menyediakan pejabat bagi menguruskan urusan pentadbiran.Disamping itu,terdapat dewan serbaguna yang dijadikan sebagai tempat mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan tempat berbuka puasa semasa bulan Ramadhan. Masjid ini menyediakan tempat parking berbumbung khusus untuk AJK masjid dan tempat parking terbuka yang melebihi 10 kenderaan pada satu masa kepada tetamunya. Selain itu terdapat juga bilik mesyuarat yang digunakan sebagai tempat perjumpaan ahli AJK masjid. Diluar bangunan masjid ini terdapat pondok rehat atau wakaf yang digunakan untuk ahli jemaah berehat, yang mana ianya merupakan salah satu kemudahan yang terdapat di masjid ini.