MASJID MUKIM BELIMBING KELANTAN BARU

DAERAH JELI, 17600 JELI, KELANTAN DARUL NAIM.
KELANTAN
0310003
30/11/-0001

SEJARAH

BINAAN

Senibina masjid ini ialah terdapat satu menara dan tiada sebarang kubah.Dinding masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana terdapat lubang`sisip angin’ pada bahagian dinding belakang ruang solat yang dapat melancarkan ruang perudaraan masjid ini.Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya.Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah Allah dinding msjid ini.Pada bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat tidak bertiang yang merupakan ruang utama di masjid ini.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu maenampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa dan diperbuat daripada batu marmar.Selain itu,bahagian atas dan bumbung masjid ini masih lagi mengekalkan kayu sebagai bahan asasnya. .

KEMUDAHAN

Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.

PETA