Rekaan asas masjid ini mempunyai satu menara dan satu kubah.Di dalam masjid iini terdapat ruang solat utama yang digunakan sebagai tempat menunaikan solat secara berjemaah.Terdapat juga ruang solat tambahan yang mampu menampung kapasiti para jemaah yang ramai pada satu masa. Pada dinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran.Pada masa yang sama,masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini sepenuhnya diperbuat daripada simen. Pada masa yang sama,mimbar masjid ini juga diperbuat daripada batu marmar dan simen.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.