Pada asalnya masjid ini adalah merupakan sebuah surau yang dibina pada tahun 1957 bagi kegunaan masyarakat Air Lanas. Setelah pekan Air Lanas berkembang pesat dan maju, maka surau ini telah dinaiktarafkan dan diubahsuai menjadi masjid yang indah pada tahun 1980an.Imam pertama bagi menguruskan masjid ini ialah Tuan Haji Talib bin Mahmud.
BINAAN
Reka bentuk masjid ini mempunyai dua menara, satu kubah besar ditengah-tengahnya dan dua kubah kecil dibahagian tepi bangunan masjid ini. Ukiran dan rekabentuk menaranya amat cantik sekali seumpama rekabentuk menara masjid-masjid di Timor Tengah. Dibahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat utama yang terhampar indah permaidani bagi keselesaan para jemaah mengerjakan ibadat. Terdapat juga ruang solat tambahan dibahagian luar yang boleh menampung lebihan para jemaah yang ramai pada satu masa.Pada dinding masjid ini terdapat kalimah-kalimah ALLAH dan juga ayat-ayat suci al-Quran. Struktur binaan masjid ini ialah menggunakan simen sepenuhnya. Mihrab dan mimbar masjid ini diperbuat daripada simen dan disaluti dengan batu marmar.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah tempat wuduk lelaki dan perempuan dan parking berbumbung untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.