Masjid ini tidak mempunyai pagar di sekelilingnya.Masjid ini masih lagi mengekalkan senibina melayu lama dan dinding masih lagi diperbuat daripada kayu.Terdapat juga ruang solat tambahan yang berada di bahagian belakang masjid ini.Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya.Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah Allah di dinding masjid ini.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 20 buah kenderaan dalam satu masa.Terdapat juga `beduk` di masjid ini yang digunakan tatkala adanya kematian.Selain itu,bilik imam dan bilal juga turut disediakan di masjid ini.