Struktur masjid ini terdapat satu menara dan tiada sebarang kubah di bahagian atasnya.Pada bahagian dalam masjid ini mempunyai ruang solat utama yang berlantaikan batu marmar dan tiada sebarang permaidani.Terdapat juga ruang solat tambahan yang tertutup dan pada masa yang sama berlantaikan batu marmar.Dinding masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana terdapat lubang`sisip angin’ yang dapat melancarkan ruang perudaraan masjid ini.Bagi ruang solat wanita pula dipisahkan dengan kain langsir.Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya.Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah Allah di dinding masjid ini
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 15 buah kenderaan dalam satu masa.Selain itu,terdapat juga `beduk` yang digunakan tatkala adanya kematian.