Masjid ini mempunyai dua menara berkubah dan satu menara utama.Selain itu,bumbung masjid ini ialah jenis bumbung yang bertingkat.Terdapat dua aras bagi ruang solat masjid ini.Bagi ruang solat utama masjid ini ialah berlantaikan permaidani indah.Pada bahagian dinding masjid ini diperbuat daripada cermin dan kaca.Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya.Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah Allah di dinding msjid ini.Bagi ruang solat wanita dipisahkan dengan kayu.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 20 buah kenderaan dalam satu masa.Masjid ini juga menyediakan pejabat bagi menguruskan urusan pentadbiran.Terdapat juga kantin,perpustakaan dan bilik imam di masjid ini.