Masjid ini terdapat satu menara dan satu kubah.Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya.Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah Allah di dinding masjid ini.Pada bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat bertiang yang merupakan ruang utama di masjid ini.Masjid ini juga berbentuk segiempat.Struktur masjid ini juga menggunakan simen pada keseluruhannya.Pintu masjid ini diperbuat daripada kayu.Mimbar masjid ini daripada batu dan simen.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.Terdapat juga `beduk` di masjid ini yang digunakan tatakala adanya kematian.