Masjid ini terdapat satu menara dan dua kubah yang berbentuk bujur yang berwarna hijau.Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya.Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah Allah di dinding masjid ini.Pada bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat bertiang yang merupakan ruang utama di masjid ini.Terdapat juga ruang solat tambahan yang berlantaikan permaidani indah.Struktur masjid ini juga menggunakan simen pada keseluruhannya.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 50 buah kenderaan dalam satu masa.Masjid ini juga menyediakan pejabat bagi menguruskan urusan pentadbiran.