Masjid ini mempunyai kubah yang berada di bahagian tepi atas masjid dan terdapat kubah besar di bahagian atas masjid ini.Mimbar masjid ini juga diperbuat daripada batu marmar dan bumbung masjid ini ialah jenis bumbung bertingkat.Dinding masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana terdapat lubang`sisip angin’ yang dapat melancarkan ruang perudaraan masjid ini.Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya.Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-qurandan kalimah Allah dinding msjid ini.Pada bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat bertiang yang merupakan ruang utama di masjid ini.Struktur masjid ini juga menggunakan simen pada keseluruhannya.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa.