Binaan masjid ini tidak mempunyai sebarang pagar tetapi mempunyai satu menara dan satu kubah besar yang bertingkat.Dinding masjid ini mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana terdapat lubang`sisip angin’ yang dapat melancarkan ruang perudaraan masjid ini.Terdapat juga ruang solat utama yang digunakan sebagai tempat solat secara berjemaah.Masjid ini berbentuk segi empat pada keseluruhannya.Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah Allah di dinding masjid ini.Struktur masjid ini juga menggunakan simen pada keseluruhannya.
KEMUDAHAN
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 20 buah kenderaan dalam satu masa