Struktur masjid ini mempunyai dua kubah ditengah dan di depan..Binaan masjid juga mempunyai ruang solat utama bertiang dan ruang solat tambahan di kiri dan kanan masjid. Ruang solat utama terdiri dari batu bata dan lantainya dilengkpi dengan permaidani hijau. Masjid ini mempunyai ruang solat tambahan di luar dan belakang ruang solat utama
KEMUDAHAN
Terdapat kolam ditepi tempat parking berbumbung dan juga mempunyai bilik imam dan bilal.Parking yang berbumbung untuk AJK masjid dan parking terbuka lebih 30 buah kenderaan untuk dimuatkan juga turut disediakan.Terdapat wakaf sebagai tempat rehat awam. Masjid ini juga mempunyai pejabat dan dewan untuk kegunaan awam.